Kaedah organik untuk menghalang kanser

Mengikut Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat (NCI), kira-kira satu pertiga daripada semua kematian kanser mungkin adalah berkait dengan pemakanan sahaja. Ini adalah sebab makanan yang kaya dengan antioksidan boleh dengan mudahnya menyekat aktiviti radikal bebas, yang diketahui untuk menyebabkan kerosakan selular yang boleh menyebabkan kanser.

NCI juga menyatakan bahawa, “Berkaitan faktor-faktor pemakanan yang mungkin boleh melindungi daripada kanser, jenis makanan yang paling konsisten ialah buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak berkanji.” Ini adalah sebab buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kandungan fi tonutrien yang tinggi, kelas antioksidan yang kuat.

Walaupun dengan janji-janji ini untuk kesihatan yang baik, ramai daripada kami tidak mengambil 7 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti yang disyorkan setiap hari. Tambahan lagi, hampir semua hasil-hasil kebun adalah dicemari dengan bahan kimia, pestisid, aditif dan hormon pertumbuhan. Kesemua ini telah dikait dengan pelbagai jenis penyakit kerana ketoksikannya dan nutrien dan antioksidan yang semakin kurang.

Satu pilihan alternatif ialah hasil-hasil organik. Mengikut kajian baru-baru ini oleh Universiti Newcastle UK, hasil-hasil organic mengandungi sehingga 40% lebih banyak antioksidan daripada makanan-makanan bukan organik. Satu antioksidan iaitu selenium, didapati adalah 390% lebih tinggi dalam makanan-makanan organik.

Dengan buah-buahan dan sayur-sayuran organik, bukan sahaja anda membantu diri anda untuk memperolehi lebih banyak fi tonutrien, ‘penentang’ semula jadi untuk melindungi sel-sel anda, anda juga tahu dengan pastinya bahawa anda tidak menambah apa-apa campuran bahan kimia ke dalam badan anda. Bukankah itu cara terbaik untuk kesihatan bagus?

0 comments:

Post a Comment




Followers