Bio Pure POE (1 Unit)-Manual



 Air adalah penting bagi banyak aktiviti harian kita. Sebenarnya, 99% air yang digunakan di rumah ialah air ‘bekerja’. Walaupun amat penting untuk menggunakan air yang bersih untuk aktiviti-aktiviti tersebut, banyak sistem rawatan air konvensyenal tidak dapat menapis klorin, amonia dan logam berat kerana mereka mengandungi medium tunggal seperti pasir atau serat.
Dibina dengan teknologi terbaik, Bio Pure POE ialah satu penapis media pelbagai yang direka khas yang dapat mengurangkan kebanyakan pencemar secara berkesan untuk menawarkan air bersih bagi kegunaan keluarga anda.

Bio Pure POE dapat mengurangkan sedimen, bau, klorin, amonia dan logam berat mudah larut sementara menghalang pertumbuhan bakteria. Dengan menggunakan satu aliran air songsang yang digelar backwashing, ia juga mempunyai satu metode pengskrinan untuk menyingkirkan pencemar yang terperangkap dalam sistem penapisan.
Dengan injap pengawalan automatik, operasi automatik penuh memastikan operasi yang mudah tanpa masalah dan tanpa pemantauan. Menggunakan teknologi unggul Jepun, ia merupakan injap pengawalan diopersikan bateri yang pertama dalam pasaran yang tidak memerlukan pendawaian.

Spesifikasi
 Saiz (Ketinggian x Diameter): 40 x 9 inci (anggaran)
Berat: 4.2kg
Material Tangki: Luaran – FRP (Plastik Peneguhan Serat)
Dalaman – material gred makanan Polietilena
Media Penapisan: Media pelbagai – 4 media gred unggul
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.whatsH2O.com.

0 comments:

Post a Comment




Followers