Bio Pure KEN 3 R.O. Water Purification System

PILIHAN SEMPURNA

Bio Pure Ken 3 menggunakan Sistem Penulenan Osmosis Songsang (R.O.) 5-tahap yang canggih untuk menyingkirkan hampir kesemua jenis pencemar, termasuk bakteria dan virus, untuk menghasilkan air minuman tulen yang sempurna (H2O). Ia mempunyai kapasiti tinggi kira-kira 10 liter dan rekaan berbentuk menara menjadikannya amat sesuai untuk kegunaan pejabat. Ia menawarkan fleksibiliti dan kemudahan hebat di mana ia boleh menghasilkan air pada 3 suhu – sejuk, panas dan sederhana.

Sistem Penulenan
  • Air panas, sejuk atau bersuhu sederhana serta-merta melalui satu pili keselamatan tahan-panas tunggal
  • Material takungan berpenebat keluli tahan karat yang tahan panas
  • Material takungan Gred Makanan ABS dan penutup kedap udara yang mematuhi piawai FDA
  • Dengan ciri keselamatan kanak-kanak
  • Peranti keluli terbina dalaman mencegah pemanasan keterlaluan manakala termistor terbina dalaman mengawal atur suhu
  • Reka bentuk berpaten yang tersembunyi dalam satu unit pancarongga untuk pengurusan mudah, kualiti dan kebersihan
  • Pam penggalak berpaten mengawal atur tekanan dan memastikan penghasilan berterusan
Spesifikasi

Kapasiti Takungan: Sederhana: 5 ± 0.5 liter
Panas: 2.4 ± 0.2 liter
Sejuk: 2.5 ± 0.2 liter
Material Takungan: Sederhana: Gred Makanan ABS pematuhan FDA
Panas: Keluli tahan karat berpenebat
Sejuk: Gred Makanan ABS dengan lingkaran menyejuk keluli tahan karat
Kadar Produk 8-10 liter per jam
Dimensi: Keluasan – 260 mm
Kedalaman – 470 mm
Ketinggian – 1320 mm
Berat Bersih: 34.5 kg

Siri Bio Pure KEN ialah suatu Sistem Penulenan Osmosis Songsang (R.O.) 5-tahap. Sistem berpatennya menyingkirkan hampir kesemua jenis pencemar termasuk virus sekecil 0.0001 mikron. Bio Pure KEN merupakan salah satu penerima daripada 3 penerima Cap Mohor Emas WQA seluruh dunia dan satu-satunya penerima di Asia. Ia juga memenangi anugerah di Pameran Antarabangsa Geneva dan Anugerah Jenama Dipercayai Emas Reader’s Digest untuk 2 tahun berturut-turut di Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.whatsH2O.com.

0 comments:

Post a Comment




Followers